Tuesday, 15 May 2012
Hari-hari untukmu IBU
Saturday, 21 April 2012
SAKIT TAK HALANG HAFAL 30 JUZUK
Apa yang lebih membanggakan ialah ini bukanlah kali pertama beliau menerima Bantuan Hazafan Al-Quran ini. Walaupun pergerakannya terbatas, tetapi semangat juangnya tidak pernah luntur. Sebelum ini beliau sihat seperti remaja lain, tetapi sejenis penyakit enzema yang dihadapinya menyebabkan beliau sukar untuk bergerak seperti biasa.
Skim Galakan Hafazan Al-Quran adalah merupakan satu insentif dibawah Skim Bantuan yang ditawarkan oleh Baitulmal MAIWP. Insentif ini diberikan kepada para penghuffaz yang berjaya menghafal surah-surah di dalam Al-Quran berdasarkan bilangan juzu’ yang ditetapkan.
Bantuan diberikan mengikut jumlah juzu’ yang berjaya dihafal seperti berikut:
5 juzu’ (Juzu’ 1 hingga Juzu’ 5) : RM1,000
10 juzu’ (Juzu’ 1 hingga Juzu’ 10) : RM2,000
20 juzu’ (Juzu’ 1hingga Juzu’ 20) : RM4,000
30 juzu’ (Juzu’ 1hingga Juzu’ 30) : RM6,000
Bantuan yang diberikan bertujuan untuk terus menggalakkan budaya amalan menghafal al-quran kepada masyarakat Islam Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda . Ianya juga merupakan usaha berterusan MAIWP dalam melahirkan generasi pelapis pemimpin yang celik al-quran.
** Sumber : http://www.maiwp.gov.my
Hukum Penubuhan Bank Susu
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.
Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my
Adab-adab ketika membaca AL-QUR’AN
Saturday, 14 April 2012
Keengganan Memahami al-Qur’an : Kerugian Buat Orang Kafir
اَوَلَمْ يَكْفِهِمْ اَنَّآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلى عَلَيْهِمْ اِنَّ فِي ذَالِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَى لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya : (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran Yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Surah al-Ankabut : Ayat 51)
Sebab Turun Ayat (Asbabunnuzul)
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim dan Ad-Darami dalam musnadnya, dari Amr bin Dinar dan dari Yahya bin Ja’dah, telah berkata, sekelompok kaum muslimin membawa kitab-kitab yang mereka tulis, dari apa yang mereka dengar dari orang Yahudi. Rasulullah sallahu ‘alai wasallam memperingatkan, “Cukuplah kalian (tinggalkan) orang-orang yang sesat lagi tidak percaya pada apa yang dibawa para nabi mereka atau nabi bagi selain mereka.” Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Seorang kafir atau orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t,hanya akan melihat cacat dan kekurangan, bahkan pada lingkungan yang sangat indah, sehingga merasa tidak bahagia dan tidak mencukupi setiap apa yang dimilikinya.
Oleh itu, Allah s.w.t menciptakan orang-orang seperti ini hanya menjumpai pelbagai peristiwa dan pemandangan yang tidak menyenangkan.
Ketika orang kafir membuat keputusan untuk berada di dalam kekufuran, mereka telah mengalami kerugia di dunia dan akhirat. Malah mereka tidak dapat memahami al-Qur’an, yang terkandung di dalam al-Qur’an itu pelbagai rahsia yang dijelaskan di dalam al-Qur’a itu sendiri.
Allah s.w.t menyatakan bahwasanya, Dia akan menutup hati dan pemahaman orang-orang yang mempunyai sifat TAKABBUR, iaitu orang yang tidak mahu berserah diri kepada Allah s.w.t.
Friday, 13 April 2012
Menjaga Pandangan - غض البصر -
قُل لِّلْمُؤْمُنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَ يَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَالِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur : Ayat 30)
** Menurut Tafsir at-Tabari :
يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصارِهِمْ adalah bermaksud “Menundukkan pandangan dari sesuatu yang tidak dibolehkan bagi mereka untuk melihat.”
وَ يَحْفَظُوْا فُرُوجَهُمْ adalah bermaksud “ Menutupi dan menjaga kemaluannya dengan pakaian, agar tidak dilihat orang lain.”
وَ قُل لِّلمُؤْمَنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَ يَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Maksudnya : Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (Surah al-Nur : Ayat 31)
إِنَّ السَّمْعَ وَ الْبَصَرَ وَ الْفُؤَادَ كُلُّ أُولئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُلاً
Maksudnya : Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah al-Isra’ : Ayat 36)
Faedah-faedah daripada menjaga pandangan :
1. Mentaati perintah Allah s.w.t adalah kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat
2. Mencegah dan menghalang diri dari perkara-perkara yang boleh membinasakan diri.
3. Dapat membersih dan mensucikan hati dari sifat-sifat mazmumah (tercela).
4. Membuka pintu keilmuan, Iman, serta mengenal Allah s.w.t (Ma’rifatullah) di dalam diri.
5. Dapat emnguat dan mencekalkan hati.
6. Dapat mensucikan hati dari nafsu syahwat.
7. Dapat mengisi hati dengan bertafakkur dan sentiasa mengingati Allah s.w.t.
8. Dapat menguat dan mencergaskan akal fikiran.
Rujukan :
- Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah. Mas’uliyah al-Mar’ah al-Muslimah. Arab Saudi. 1407H.
