Showing posts with label Program Ilmam. Show all posts
Showing posts with label Program Ilmam. Show all posts

Tuesday, 8 March 2011

Program Maulidul Rasul Bersama Kominiti Orang Asli Mendapat Sambutan

26 & 27 Februari 2011 : Persekutuan Seruan Islam (JAM’IYAH) Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama JHEO, JAIS, JAKIM dan Kementerian Kesihatan Hulu Yam Baru Selangor telah mengadakan Program Maulidul Rasul 1432H bersama Komuniti Orang Asli, Kampung Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor.


Rombongan yang disertai oleh sularelawan dari JAIS, JAKIM, ILMAM, BKAWM dan persendirian bertolak pada jam 12.00 tengah hari dengan menaiki bas dan beberapa buah kereta dari bangunan JAM’IYAH yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Rombongan kemudiannya selamat tiba di Kem Rimba Tamu seawal waktu solat zohor.

Selesai menunaikan solat zohor dan menjamu selera, Majlis Perasmian Anak
Angkat telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakariah bin Isa merangkap Yang Dipertua JAM’IYAH dan para peserta dibahagikan kepada keluarga-keluarga angkat masing-masing. Pada sebelah petangnya pula, seusai menunaikan solat asar, satu perlawanan bola sepak diadakan antara Pemuda JAM’IYAH menentang Belia Orang Asli.

Program bagi sesi malam bermula seawal jam 9.00 malam dengan Forum Bicara Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Drs. Hj. R.S Sofyan beserta Ust. Razlan Md. Nor. Dan diteruskan dengan pertandingan tilawah al-quran, azan, dan persembahan berzanji wakil dari wanita JAM’IYAH.


Pada hari kedua bermula jam 8 pagi, program diserikan dengan kemeriahan sukaneka kanak-kanak. Pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya ialah acara tiup belon, bola ping-pong dalam sudu, bawa belon dan banyak lagi. Warga orang asli juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan di bawah seliaan Klinik Kesihatan Hulu Yam Baru.

Program ini berakhir pada waktu tengah hari dengan barisan ucapan aluan penghargaan oleh Tok Batin Alang selaku Tok Batin Kampung Hulu Tamu dan juga ucapan dari wakil JHEO. Perasmian penutup kemudiannya disempurnakan oleh Tuan Haji Zakariah bin Isa. Semoga segala objektif yang digariskan oleh pihak penganjur tercapai dan sentiasa diredhai oleh Allah Taala.

Untuk melihat gambar-gambar program ini, sila layari laman Facebook Ilmam Wilayah Persekutuan.

Tuesday, 22 February 2011

Jemputan Ke Program Maulidul Rasul 1432H Bersama Komuniti Orang Asli

Jemputan ke Program Maulidur Rasul 1432H Bersama Komuniti Orang Asli anjuran bersama Persekutuan Seruan Islam (JAM’IYAH) Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama JHEO, JAIS, JAKIM dan Kementerian Kesihatan Hulu Yam Baru, bertempat di Hulu Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor.


Aturcara program 2 hari 1 malam :
Hari Pertama : 26 Februari 2011 (Sabtu)

10.00 am : Berkumpul di Darul Jami'yah
( Kenderaan Disediakan Bagi yang memerlukan )
12.30 am : Tiba Di Kem Rimba Tamu
01.00 pm : Solat Zohor & Makan Tengahari
02.00 pm : Taklimat Bersama Komuniti Orang Asli
Ramah Mesra & Ziarah Keluarga Komuniti
05.00 pm : Riadah Bersama Komuniti ( Perlawanan Bola Sepak )
06.00 pm : Makan Malam
07.00 pm : Solat Maghrib & Sesi Motivasi Anak-Anak Komuniti
09.00 pm : Solat Isyak & Bicara Maulidur Rasul
10.30 pm : Persembahan Nasyid & Fardhu Ain anak Komuniti
10.50 pm : Penyampaian Hadiah
11.00 pm : Istirehat

Hari Kedua : 27 Februari 2011 (Ahad)

08.00 am : Sukaneka Kanak-kanak
08.30 am : Pemeriksaan Kesihatan
11.30 am : Majlis Perasmian Penutup
Oleh : Y.D.H Dato' Hj Aman Shah B. Mohd Shahar( Orang Besar Daerah Hulu Selangor )
12.30 pm : Makan Tengahari
02.00 pm : Solat Zohor
03.00 pm : Tiba Di Darul Jam'iyah

* Mohon Send Nama Penuh Kepada Mohd Dahlan ( 013-3249376 ) untuk menyertai program.