Tuesday 5 July 2011

Memanfaatkan Keistimewaan Syaaban

DEFINISI
Erti Syaaban ialah berpecah-belah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada zaman dahulu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Apabila Rasulullah SAW diutuskan, baginda mengekalkan nama Syaaban sehingga sekarang.


RAI’KAN SYAABAN

1. Allah memuliakan bulan Syaaban dengan melipat-gandakan ganjaran setiap amalan soleh.

Dari Usamah b Zaid r.a berkata;
“Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”
( Hadis riwayat An-Nasaie )

2. Kelebihan Nisfu Syaaban atau malam pertengahan bulan Syaaban.

Dari Muaz bin Jabal r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya ;
Allah SWT melihat kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah SWT akan memberikan pahalaNya kepada seluruh hambaNya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang berzina.”
( HR Ibnu Hibban )

3. Memperbanyakkan taubat, doa , zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahili r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; Bila masuk bulan Syaaban, ceriakanlah dirimu dan perbaikilah niatmu.”
(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

PERISTIWA PERTUKARAN KIBLAT

Kisah perubahan kiblat ini terjadi pada tahun ke-2 Hijrah. Rasulullah SAW telah menunaikan solat menghadap ke Baitulmuqaddis selama 16 atau 17 bulan. Kemudian Allah SWT memerintahkan Rasulullah untuk menghadap ke Kaabah.

Solat pertama yang didirikan oleh Baginda ialah Solat Asar yang diikuti oleh beberapa orang sahabat. Sesudah itu, seorang sahabat keluar dari masjid dan melihat orang yang sedang rukuk di masjid yang berlainan masih menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Maka dia berseru ;
Demi Allah SWT, aku bersaksi bahawa aku telah bersolat bersama Nabi SAW menghadap ke Kaabah di Makkah.” Kemudian orang yang sedang bersolat itu terus berpusing menghadap ke Kaabah dalam solat itu juga.
( HR Bukhari )

No comments:

Post a Comment