Tuesday 8 February 2011

Perkembangan Dari MAIWP HQ

07 Februari 2011 : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menubuhkan bilik operasi 24 jam yang membolehkan ibu bapa dan keluarga pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir mendapatkan maklumat mutakhir mengenai keadaan pelajar di negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B),berkata bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-4047 9444 mulai pukul 9.30 malam semalam.

Bilik gerakan tersebut juga boleh dihubungi melalui email pro@maiwp.gov.my atau facebook MAIWP iaitu MAIWP HQ.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media di LCCT sebelum beliau berlepas ke Mesir dengan pesawat Air Asia bersama 30 sukarelawan bagi membantu pelajar dan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.

Beliau turut meminta agar semua ibu bapa dan keluarga dapat bertenang menghadapi situasi ini dan menyatakan MAIWP bersama-sama dengan Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Kaherah akan melakukan yang terbaik dalam memastikan tahap keselamatan para pelajar Wilayah Persekutuan di sana terjamin sehingga mereka semua dipindah dari negara berkenaan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin bin Ismail berkata orang ramai juga boleh mengikuti laman web www.maiwp.gov.my yang dikemaskini dari masa ke semasa bagi mengikuti perkembangan semasa keadaan pelajar dan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Mesir.

No comments:

Post a Comment