Saturday 29 October 2011

Zulhijjah

PENGERTIAN ZULHIJJAH

Zul ertinya ‘yang empunya‘, Hijjah ertinya ‘ haji ‘. Dalam bulan inilah umat manusia sejak Nabi Adam melakukan ibadah haji.

Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Baginda sallahu ‘alaihi wasallam bersabda. Mafhumnya : “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.“

PERISTIWA PENTING BULAN ZULHIJJAH

1. Penyembelihan Nabi Ismail alaihissalam.
  • Nabi Ibrahim alaihissalam mendapat perintah dari Allah taala unyuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail alaihissalam. Nabi Ismail alaihissalam dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnyatanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam ( Sembelihan ).
  • Umat Islam sama ada berada di Makkah ataupun di mana-mana sahaja disunatkan untuk berkorban menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

2. Bai’atul ‘Aqabah.
  • Pada tahun ke-13 selepas perlantikan Baginda sallahu ‘alaihi wasallam menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai’atul ‘Aqabah ( Perjanjian Setia ‘Aqabah ), ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong, dan menyebarkan ajaran Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam kepada penduduk Yathrib ( Madinah ).
  • Sebenarnya Bai’atul ‘Aqabah adalah pembuka kunci kepada pemghijrahan Nabi sallahu ‘alaihi wasallam ke Madinah. Nabi sallahu ‘alaihi wasallam sudah menyediakan pendukung-pendukungnya terlebih dahulu di Madinah sebelum berhijrah. Maha suci Allah ta’ala yang telah mengatur dan menolong kekasihnya ( Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam )